SKBPSKK9

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011

2 Jan 2011 - Cuti Peristiwa " Pasukan Bolasepak Harimau Malaya" menjuarai Kejohanan AFF Suzuki. Tahniah!
3 Jan 2011 - Selamat Datang warga SKBP! Selamat kembali!

2011 kita bermula dengan mengucapkan selamat datang, welcome kepada Guru Besar(GB) yang baru, En Abdullah B Osman(Abe Lah). Ya! satu nama yang 15 tahun lalu berada di PPD Tanah Merah sebagai Penyelia Ko Kurikulum. Selamat bertugas! SKBP menunggu hampir 2 bulan kehadiran GB baru setelah Tn Hj Abdul Rahman B Ahmad bersara pada 31 Ogos 2010. Penantian yang cukup lama. Apapun Abe Lah, kehadiran anda dialu-alukan untuk memeriahkan dan memantapkan lagi semua aspek pendidikan di SKBP.

SKBP juga dengan penuh hiba dan berat hati melepaskan 2 orang gurunya ke PPD TM. Apakan daya penghijrahan ini tidak dapat dihalang kerana kedua-dua pegawai hebat ini dinaikkan pangkat untuk bertugas di PPD TM. Warga SKBP merakamkan sekalung tahniah! dan selamat bertugas di tempat yang lebih mencabar. Semoga anda berdua lebih dedikasi dan berjaya. Apapun SKBP merakamkan berbanyak ucapan terima kasih kepada En. Hamdan B Hj Yusoff dan En Mohd Zu B Talib.

Guru yang masih di SKBP, ya! misi dan visi SKBP tetap kita teruskan dalam wacana 2011 ini. Yang mampu kita usaha dan berdoa semoga SKBP tetap antara terbaik dalam kumpulan terbaik dalam PPD TM, JPN Kelantan dan Malaysia. INSYAALLAH.

No comments: