SKBPSKK9

Sunday, January 23, 2011

23 Jan 2011, Pelantikan Pengawas Sekolah




Monday, January 17, 2011

Esok lagi!

Esok yang kita akan menjadi hari ini.

PENGUMUMAN MESYUARAT
MESYUARAT JK PERANCANG STRATEGIK SEKOLAH
Tarikh        :    19/01/2011(RABU)
Masa         :     1.15 PM
Tempat      :     Makmal Komputer, SKBP
Kehadiran bagi semua AJK adalah wajib.
Terima kasih.

Wednesday, January 12, 2011

Esok!

Mesyuarat JK Ko-Kurikulum
Hari      :    Khamis
Tarikh   :    13/1/2011
Masa    :     12.45 tengahari
Tempat :     Bilik Mesyuarat SKBP

Kepada AJK yang terlibat harap maklum.

Tuesday, January 11, 2011

Perhimpunan Pertama... 2011, minggu kedua 9/1/2011

Perhimpunan pertama, ucapan pertama En Abdullah B Osman, Guru Besar baru! Unik dan sangat menarik!



Hari Pertama persekolahan, Pemantauan PPD...

Wakil PPD yang hadir memantau pada hari pertama persekolahan, Isnin 3/1/2001 adalah
TN HJ KAMARUDDIN B MOHAMED, Pengelola Cemerlang PPD Tanah Merah. Semua proses PnP dipantau oleh beliau.
 Semasa Ustazah Roshaizan mengajar...
 Kelas Cik gu Hanapi.....
 Asyik menyemak....
Thank you BOSS!

Monday, January 10, 2011

Mesyuarat Peningkatan UPSR Pertama 2011

Mesyuarat AJK Peningkatan UPSR 2011 sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh : 11.01.2011
Hari :  Selasa
Masa : 1.15 tengahari
Tempat : Makmal Komputer
Semua yang AJK harap maklumat.

Peluang!

SKBP sekali diberi peluang untuk bersaing dalam mendapatkan "New Deal" kepengetuaan/Gurubesar. Jemaah Nazir Kelantan dan Unit Kualiti serta Nasir Persekuatuan dari Putrajaya hadir membuat penilaian.
Taklimat pembukaan, sekolah sudah ada modal persaingan ini kerana berada dalam kelompok sekolah yang mendapat GPS di bawah 2.0 dengan Indek Komposit melebihi 84%. Apapun kejayaan masih bergantung kepada realiti di sekolah tentang penggumpulan data SKPM dan NKRA.


Harapan sekolah, semoga berjaya....

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011

2 Jan 2011 - Cuti Peristiwa " Pasukan Bolasepak Harimau Malaya" menjuarai Kejohanan AFF Suzuki. Tahniah!
3 Jan 2011 - Selamat Datang warga SKBP! Selamat kembali!

2011 kita bermula dengan mengucapkan selamat datang, welcome kepada Guru Besar(GB) yang baru, En Abdullah B Osman(Abe Lah). Ya! satu nama yang 15 tahun lalu berada di PPD Tanah Merah sebagai Penyelia Ko Kurikulum. Selamat bertugas! SKBP menunggu hampir 2 bulan kehadiran GB baru setelah Tn Hj Abdul Rahman B Ahmad bersara pada 31 Ogos 2010. Penantian yang cukup lama. Apapun Abe Lah, kehadiran anda dialu-alukan untuk memeriahkan dan memantapkan lagi semua aspek pendidikan di SKBP.

SKBP juga dengan penuh hiba dan berat hati melepaskan 2 orang gurunya ke PPD TM. Apakan daya penghijrahan ini tidak dapat dihalang kerana kedua-dua pegawai hebat ini dinaikkan pangkat untuk bertugas di PPD TM. Warga SKBP merakamkan sekalung tahniah! dan selamat bertugas di tempat yang lebih mencabar. Semoga anda berdua lebih dedikasi dan berjaya. Apapun SKBP merakamkan berbanyak ucapan terima kasih kepada En. Hamdan B Hj Yusoff dan En Mohd Zu B Talib.

Guru yang masih di SKBP, ya! misi dan visi SKBP tetap kita teruskan dalam wacana 2011 ini. Yang mampu kita usaha dan berdoa semoga SKBP tetap antara terbaik dalam kumpulan terbaik dalam PPD TM, JPN Kelantan dan Malaysia. INSYAALLAH.