Tawaran Baru/Baiah/New Deals
Tahniah kepada semua warga SK Bukit Panau kerana di anugerahkan Tawaran Baru/Baiah/New Deals. Apapun satu penghargaan kepada mantan GB Tn Hj Abd Rahman B Ahmad yang akan menerima RM7500.00 hadiah kerajaan selepas pencen. Bukan semua GB yang sudah pencen dapat terima hadiah begini.
Apapun GB baru janganlah patah hati, kita bermuafakat lagi 2011 ni untuk menjana kecemerlangan. Moga-moga 2011 akan ada lagi Tawaran Baru kali kedua! Boleh kan! Dan sekolah kita akan berjaya lagi.
Dan GB akan terima lagi Baiah sebegini.
Kita sebenarnya patut juga sama-sama bermuafakat dengan Mantan GB untuk meraikan kakitangan sokongan SK Bukit Panau yang semestinya bukan sedikit menyumbangkan tenaga dalam meraih anugerah sebegini. Kita tidak mahu mereka merasa terpinggir dalam anugerah sebegini. Mungkin dalam anugerah begini ada yang terlepas pandang pada mereka, tapi warga SKBP tetap ingatkan mereka dan tetap menghargai sumbangan mereka pada kecemerlangan sekolah. Bagaimana warga SKBP setuju?
Untuk tahun 2011, mari kita mengorak langkah mengilhamkan kejayaan yang lebih mantap. Sekali lagi tahniah untuk SK Bukit Panau!